Honda Civic acah Lamborghini Reventon untuk dijual, harga RM105k

1564

Sebuah kereta replika unik Honda Civic yang berasaskan Lamborghini Reventon kini untuk dijual pada harga AS25,000 (RM105,050) di Amerika Syarikat (AS).

Replika tersebut disenaraikan untuk dijual melalui Autoway of Atlanta tetapi maklumat berkaitan tidak didedahkan. 



Difahamkan, pemilik kereta tersebut ingin mengubah suai kereta Honda Civic tersebut menjadi model Lamborghini Reventon yang pernah dikeluarkan dalam edisi terhad dan paling mahal ketika itu.

Civic tersebut merupakan model generasi FG yang dikeluarkan untuk pasaran eropah pada 2009. Namun, semua panel badan asal ditukar termasuk tempat duduk.

Menerusi beberapa gambar, dapat dilihat bahagian depan Civic tersebut menampilkan bampar yang jelas diinspirasikan oleh Lamborghini Reventon dan menggunakan saluran kemasukan udara yang berbentuk serupa.

Dari segi luaran Civic tersebut menggunakan lampu depan yang direka khas untuk Toyota Celica, dan pintu yang dilihat diubah seperti Lamborghini. Manakala ruangan kabin dan tempat duduk mendapat kemasan warna kelabu bersama sulaman logo Lamborghini.

Walaupun Reventon menggunakan enjin V12, namun Civic acah Lamborghini tersebut mengekalkan enjin 1.8  liter VTEC empat silinder bersama transmisi automatik dengan jarak perbatuan sehingga 212,578km.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here