Seorang Youtuber, Truong Van Dao dari Vietnam menghabiskan ratusan jam dan membelanjakan wang ribuan dolar untuk menghasilkan pelbagai jenis kereta menggunakan kayu.
Baru-baru ini dia menukar sebuah van Mitsubishi menjadi kereta kebal. Proses menghasilkan jentera tersebut turut dimuat naik di akaun Youtube miliknya, ND-Woodworking Art yang mempunyai lebih sejuta pengikut.
Selain Youtuber, lelaki berusia 33 tahun itu juga bekerja sebagai tukang kayu. Dia bersama dua rakan sekerja mengambil masa tiga bulan untuk menukar Mitsubushi Delica L300 Starwagon itu menjadi kereta kebal EBR 105 Panhard daripada permainan video World Of Tanks.
Setiap hujung minggu, Truong Van Dao memandu kereta perisai kayu itu di sekitar kejiranannya di wilayah Bac Ninh, timur Hanoi bersama anak lelakinya berusia tiga tahun di bahagian turet.
VIDEO
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar