Ingin bantu bina surau di Gopeng, lelaki ini nak tolak RX-Z pada harga RM20k

1284

Seorang pemilik akaun Facebook bernama Bat Jacko ingin melepaskan motosikal Yamaha RX-Z Millenium pada harga RM20,000 bagi tujuan membina sebuah surau.

“Jualan untuk membina sebuah surau di Gopeng, moto tahun 2001, plat tiga angka. Sambil membeli niat untuk berinfaq saham akhirat.

“Moto atas nama saya sendiri, maklumat lanjut boleh DM, COD-damansara,” tulisnya.



Menurut MStar, Izrul Nizam, 39 membeli motosikal berkenaan tahun lalu pada harga RM15,500.

“Saya sudah membaiki semula motosikal berkenaan diganti komponen baharu. Kalau ikutkan hati memang sayang malah tidak pernah ride jauh lagi dengan motosikal ini.

“Saya bukanlah baru main motor. Saya dah pakai RXZ sejak tahun 90-an lagi. Tapi Nabi Muhammad SAW pun ada cakap, kalau nak menderma atau infaq, bagilah benda yang paling kita sayang,” katanya.

Bahkan, dia juga menjelaskan pembeli yang berminat boleh berurusan terus dengan tuan tanah yang membangunkan surau dan hanya menemuinya untuk urusan tukar nama dan mengambil motor.

Izrul memberitahu surau berkenaan bakal dibina di sebuah pusat rekreasi milik penjelajah negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin yang terletak di Sungai Itik, Gopeng, Perak.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here