Peminat JDT berpeluang bersiar naik Hummer Limousin

1492

JDT memberi peluang kepada pengunjung Stadium Sultan Ibrahim, Johor merasai pengalaman menaiki Hummer Limousin mengeliling stadium ikonik skuad Harimau Selatan itu.

‘JDT Hummer Tour’ Stadium Sultan Ibrahim itu beroperasi setiap Jumaat hingga Ahad bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. Pengunjung boleh mendapatkan tiket pada harga RM30 di kaunter Stadium Sultan Ibrahim.



 

Menurut Kosmo, Ketua Unit Komersial Kelab Bolasepak JDT Kevin Ramalingam berkata, Hummer Tour itu adalah antara tarikan baharu buat pengunjung untuk meluangkan masa di ‘rumah’ JDT bermula minggu ini.

Perkhidmatan itu sejajar dengan hasrat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu stadium serba canggih itu menjadi tumpuan orang ramai susulan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ketika negara memasuki fasa endemik. 

Katanya, selain pembukaan restoran makanan segera, Woodfire Burger, pihaknya turut merancang untuk mengadakan lawatan stadium secara lebih dekat buat peminat setia JDT.

“Woodfire dan Hummer Tour adalah tarikan yang pertama, selepas ini lebih banyak restoran menarik yang akan dibuka.

“Jika ia mendapat sambutan luar biasa, mungkin perkhidmatan ini akan diadakan pada setiap hari dengan disertakan peluang melawat ke dalam stadium,” katanya. 

Hummer tersebut ditempah khas dan diberikan kepada pasukan JDT kira-kira enam tahun lalu oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here