Utama Berita Automotif Honda N-ONE 2026, CRAFT STYLE baharu, RS eksklusif dengan 6MT

Honda N-ONE 2026, CRAFT STYLE baharu, RS eksklusif dengan 6MT

3

Honda Motor Co., Ltd. memperkenalkan Honda N-ONE 2026 dengan beberapa perubahan dan pengenalan varian baharu.

N-ONE terkenal dengan reka bentuk luaran yang abadi (timeless) dan ruang dalaman minimal dan selesa hasil falsafah Man-Maximum/Mecha-Minimum (M・M) yang diwarisi model kereta penumpang Honda yang pertama iaitu N360.

N-ONE 2026 ditawarkan daripada 1,767,700 yen (RM46,654) sehingga 2,026,200 yen (RM53,464) dan mula dijual di Jepun pada hari Jumaat, 21 November.

Pembaharuan Ciri dan Varian Baharu

Dalam pembaharuan separa ini, semua varian N-ONE dilengkapi penderia parkir hadapan dan meter LCD TFT 7 inci sebagai ciri standard.

Selain itu, perkakasan standard bagi gred RS dan Premium Tourer telah ditambah baik.

Honda juga memperkenalkan varian istimewa baharu, CRAFT STYLE berdasarkan N-ONE Original.

N-ONE Original Special Edition CRAFT STYLE

Varian CRAFT STYLE diilhamkan oleh estetika Nordic, menggabungkan reka bentuk anggun dengan fungsi dan gaya.

  • Luaran: Jeriji hadapan dilapisi krom, manakala cermin sisi, pemegang pintu luar dan penutup roda separuh menggunakan warna putih sebagai riasan.
  • Dalaman: Kemasan papan pemuka menampilkan warna taupe (warna pertengahan antara coklat dan kelabu) berinspirasikan kayu, mencipta ruang yang ringkas dan hangat.

N-ONE RS

N-ONE RS kini eksklusif dengan transmisi manual 6-kelajuan (6MT), menyerlahkan lagi ciri sporti kei-car ini.

  • Dalaman: Tempat duduk hadapan menggunakan bahan Ultrasuede yang tahan lasak dan pengudaraan yang baik, dengan jahitan merah dan sulaman logo RS. Papan pemuka menerima kemasan gaya karbon.
  • Roda dan Ciri Khas: Roda aloi 15 inci dalam warna putih untuk penampilan yang lebih lincah. Pemandu juga dapat menikmati visual pemanduan dengan takometer eksklusif RS, penunjuk gear dan meter-G yang memaparkan daya yang bertindak ke atas kenderaan.

N-ONE Premium Tourer

Sebagai varian teratas bagi transmisi CVT, Premium Tourer turut menerima beberapa peningkata.

  • Luaran: Spoiler belakang yang lebih besar dan roda dalam warna Berlin Black berkilat.
  • Dalaman: Tempat duduk menggunakan bahan Prime Smooth yang mewah, memberikan keselesaan yang bermutu.

Rangkaian Kuasa 

Honda N-ONE dilengkapi enjin S07B 660cc tiga silinder DOHC dengan sistem suntikan bahan api kawalan elektronik Honda PGM-FI.

Bagi varian tanpa turbo (Original, Premium, CRAFT STYLE), enjin menghasilkan output kuasa maksimum 58 ps dan tork maksimum 65Nm. Varian ini menggunakan Transmisi CVT.

Bagi varian Turbo (Premium Tourer dan RS), enjin menjana output kuasa maksimum 64 ps dengan tork maksimum 104Nm.

Premium Tourer menggunakan CVT yang turut dilengkapi paddle shift, manakala RS dikhususkan untuk transmisi manual 6-kelajuan (6MT).

Spesifikasi Teknikal

Dimensi

  • Panjang Keseluruhan: 3,395 meter
  • Lebar Keseluruhan: 1,475 meter
  • Tinggi Keseluruhan: 1,545 meter (FF) atau 1,570 meter (4WD pada Premium/Premium Tourer)
  • Jarak Roda: 2,520 meter

Berat dan Kapasiti

  • Berat: Bermula dari 840 kg (Original FF, CRAFT STYLE FF) hingga 920 kg (Premium Tourer 4WD)
  • Kapasiti Penumpang: 4 orang
  • Kapasiti Tangki Bahan Api: 25L (Kebanyakan FF) atau 27L (Semua 4WD dan Premium Tourer FF)

Penggunaan Bahan Api (WLTC)

  • WLTC Gabungan (km/L): Antara 19.8 hingga 23.2
  • WLTC Bandar (km/L): Antara 16.2 hingga 19.5
  • WLTC Luar Bandar (km/L): Antara 21.2 hingga 25.2
  • WLTC Lebuh Raya (km/L): Antara 20.8 hingga 23.8

Harga

  • Original FF CVT: 1,767,700 JPY (RM46,654)
  • Original 4WD CVT: 1,912,900 JPY (RM50,474)
  • Premium FF CVT: 1,966,800 JPY (RM51,894)
  • Premium 4WD CVT: 2,112,000 JPY (RM55,714)
  • Premium Tourer FF CVT: 2,173,600 JPY (RM57,337)
  • Premium Tourer 4WD CVT: 2,318,800 JPY (RM61,157)
  • RS FF 6MT: 2,278,100 JPY (RM60,097)
  • CRAFT STYLE FF CVT: 1,881,000 JPY (RM49,644)
  • CRAFT STYLE 4WD CVT: 2,026,200 JPY (RM53,464)

Honda N-One RS 

Honda N-One Premium Tourer

Honda N-One Premium Tourer

Honda N-One Original

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here