Struktur bumbung BYD Yangwang U8 boleh tahan hempapan pokok kelapa berulang kali

2

BYD Yangwang U8 sudah pun mempunyai kelebihan yang tersendiri: lebih berkuasa berbanding kebanyakan supercar, boleh berpusing macam kereta kebal dan boleh dipandu secara terapung atas air.

Untuk menunjukkan betapa teguhnya casis SUV ini, BYD membuat keputusan untuk menjatuhkan sebatang pokok kelapa ke atas struktur bumbung Yangwang U8.

Ia bukanlah jatuhan yang lembut.

Para jurutera BYD berulang kali menjatuhkan pokok tersebut ke atas bumbung daripada ketinggian yang berbeza untuk meningkatkan impak.

Tenaga impak maksimum dicatatkan mencecah 50.4 kilojoule, bersamaan dengan 54,000 Nm!

Untuk memudahkan pemahaman, ia adalah bersamaan dengan unit pendingin hawa yang jatuh dari bumbung pada ketinggian 40 tingkat.

Hasilnya, struktur bumbung pada atas pintu melekuk, namun pintu sebelah pemandu masih lagi boleh dibuka, kaca tidak pecah, suspensi dan roda yang teguh, dan SUV ini masih boleh dipandu tanpa sebarang masalah.

Menurut Yangwang, kekukuhan struktur SUV ini mampu mengubah kemalangan teruk menjadi sesuatu yang lebih terkawal dan tidak mendatangkan kecederaan serius kepada penumpang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here