Lamborghini Aventador rosak selepas diguna untuk panggang daging babi

1702

Seorang pemuda di China yang juga pemilik Lamborghini Aventador menjadi terkenal sekelip mata selepas melakukan cubaan ekstrem iaitu memanggang daging babi pada ekzos supercar itu.

Lamborghini Aventador

Akibatnya, pemuda itu menanggung kerugian kira-kira 500,000 yuan (RM323,233) selepas Aventador miliknya itu mengalami kerosakan berpunca daripada kebocoran dan letupan tangki air.

Pemuda terbabit dan beberapa rakannya dikatakan berkumpul serta melakukan cubaan itu di sebuah sebuah garaj bawah tanah di Changsha, dekat wilayah Hunan. Mereka sepakat menggunakan ekzos kereta bagi memanggang daging berkenaan.



aventador daging babi

Pemuda itu menekan pedal kereta sementara rakannya duduk di belakang kereta bagi membakar daging pada ekzos.

Tekanan pedal dan rev tinggi berulang kali menjadikan kenderaan panas sebelum tangki air meletup dan asap putih keluar dari kenderaan berkenaan.

Penyejuk kereta dikatakan mula bocor dari bawah kenderaan, menyebabkan kumpulan lelaki berkenaan terpaksa beredar dari situ bagi menantikan asap itu hilang.

Meskipun begitu, pemilik Aventador itu dan rakannya tidak kelihatan kecewa, sebaliknya masih boleh tersenyum dan ketawa ketika bersama-sama menolak kereta ke trak tunda.

Video itu menjadi tular di China minggu lalu dan mencetuskan kemarahan dalam kalangan orang ramai. Mereka tidak senang dengan tindakan pemuda terbabit kerana dengan sengaja merosakkan sebuah supercar.

Segelintir warganet turut melabelkan tindakan pemuda itu sebagai perbuatan tidak sihat ditunjukkan oleh kebanyakan generasi kedua yang dilahirkan dalam keluarga berada.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here