Sergio Aguero tawar Range Rover Evoque miliknya untuk dimenangi seorang kakitangan Manchester City

1346

Sergio Aguero menunjukkan kemurahan hatinya apabila memberi ganjaran kepada setiap kakitangan Manchester City sebelum meninggalkan kelab itu untuk menyertai Barcelona.

Range Rover Evoque aguero

Penyerang Argentina itu mahu memastikan dapat berterima kasih kepada kesemua individu sekelilingnya yang membantunya sepanjang sedekad bersama kelab itu sehingga menyaksikannya memenangi 15 trofi termasuk lima kejuaraan Liga Perdana Inggeris.



Aguero memberikan tiket kepada setiap kakitangan City untuk berpeluang memenangi Range Rover Evoque miliknya yang bernilai £40,000 (RM234,000).

Dia turut menghadiahkan jam Hublot atau Tag Heuer kepada setiap kakitangan City yang mempunyai perkataan ‘Gracias! Kun Aguero’.

Range Rover Evoque

Masih belum dipastikan varian Range Rover Evoque tersebut, namun salah seorang kakitangan akan memenanginya manakala setiap jam yang dihadiahkan Aguero bernilai sekurang-kurangnya £1,000 (RM5,800).

Penjaring terbanyak sepanjang sejarah City itu akan menyertai Barcelona apabila kontraknya berakhir hujung bulan ini namun dia sudah pun diperkenalkan secara rasmi di Nou Camp, baru-baru ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here