Range Rover Evoque hadiah dari Sergio Aguero kini dijual!

1069

Baru-baru ini, Sergio Aguero telah meninggalkan kelab Manchester City dan menyertai pasukan Barcelona. Sebelum meninggalkan Manchester City, Aguero telah memberikan sebuah Range Rover Evoque kepada seorang kakitangan kelab itu.

Individu yang bertuah itu ialah Ally Marland, dan Aguero sendiri yang memberikan kunci Range Rover Evoque miliknya kepada kakitangan Manchester City itu.



Namun, Ally dan isterinya bersepakat untuk menjual SUV tersebut, dengan alasan mereka sudah mempunyai kereta.

range rover evoque aguero

Difahamkan, SUV yang diberikan Aguero itu merupakan model keluaran tahun 2016 dan memiliki perbatuan 16,898km. Ianya dijual di eBay pada harga £23,000 (RM133,293).

Sementara itu, Ally dan isterinya menyumbangkan lima peratus daripada hasil jualan SUV itu kepada pusat kebajikan kanak-kanak di Lancashire, England.

range rover evoque aguero

Sebelum ini, Aguero mahu memastikan dapat berterima kasih kepada kesemua individu sekelilingnya yang membantunya sepanjang sedekad bersama Manchester City sehingga menyaksikannya memenangi 15 trofi termasuk lima kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Selain Range Rover Evoque tersebut, dia turut menghadiahkan jam Hublot atau Tag Heuer kepada setiap kakitangan City yang mempunyai perkataan ‘Gracias! Kun Aguero’.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here