Pencuri terima padah kerana ‘rembat’ kereta peninju UFC

2070

Pencuri kereta ini bernasib malang, kerana selain percubaannya untuk mencuri gagal, dia juga mengalami kecederaan setelah dipukul oleh pemilik kereta tersebut, yang merupakan seorang peninju UFC. 

gambar hiasan

Kejadian cubaan curi kereta itu berlaku baru-baru ini di Houston, Texas, Amerika Syarikat.

Pencuri malang itu tidak mengetahui kereta yang cuba dicurinya ialah milik Derrick Lewis, seorang peninju kelas berat UFC yang kini menduduki ranking ketiga di dunia.



Selain berjaya menghentikan pencuri tersebut dari membawa lari keretanya, peninju UFC dengan berat 119kg dan tinggi 1.91 meter itu juga ‘membantai’ lelaki malang tersebut.

Melalui akaun Instagram rasmi miliknya, Derrick Lewis sempat memuat naik tentang kejadian tersebut dan memastikan bahawa pencuri itu tidak mengalami kecederaan yang serius. Namun, muat naik itu telah dipadam olehnya.

“Menurut kenyataan dari Lewis, dia mendekati suspek, memukul dan menangkapnya hingga pihak polis tiba di lokasi kejadian,” kata urucakap polis Houston, Jodi Silva dalam satu kenyataan.

pencuri peninju UFC
Peninju UFC, Derrick Lewis

Pencuri yang malang itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk menjalani proses hukuman. Namun, dia terlebih dahulu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan setelah ‘dibantai’ oleh Derrick Lewis.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here