Jentera F1 pertama dipandu Michael Schumacher kini akan dijual

1526

Jentera Formula 1 pertama yang dipandu oleh pelumba legenda, Michael Schumacher kini dijual di United Kingdom.

jentera Michael Schumacher

Dikenali sebagai Jordan 191-Ford Cosworth HB, jentera ini dipandu oleh Schumacher pada Grand Prix Belgium 1991, yang merupakan perlumbaan pertamanya dalam acara Formula 1.



Jentera ini merupakan salah satu daripada tujuh unit yang pernah dihasilkan, dan satu daripada dua unit yang pernah dipandu Schumacher. Ianya juga pernah dipandu oleh Andrea De Cesaris dan Alex Zanardi.

jentera Michael Schumacher

Jordan 191-Ford Cosworth HB pertama kali dipandu oleh De Cesaris di Grand Prix Hungary 1991, dimana dia layak dalam kelompok 16 pelumba terbaik dan seterusnya memperoleh kedudukan ketujuh.

Dua minggu kemudian, Schumacher membuat penampilan pertamanya menggunakan jentera tersebut dan berjaya mengatasi De Cesaris pada awal perlumbaan Grand Prix Belgium. Walau bagaimanapun, Schumacher yang bermula pada petak ketujuh tidak dapat meneruskan perlumbaan kerana jentera tersebut mengalami masalah klac. 

jentera Michael Schumacher

Kagum dengan prestasi Schumacher dalam perlumbaan pertamanya, Flavio Briatore menandatanganinya untuk pasukan Benetton Formula 1 pada minggu berikutnya.

Selepas musim Formula 1 1991, jentera tersebut dijual kepada pengumpul kereta dari Belgium dan kembali dibeli pada tahun 2005. Sejak daripada itu, jentera ini telah muncul di Goodwood Festival of Speed dalam keadaan yang masih berfungsi dengan baik.

jentera Michael Schumacher

Ia juga ditayangkan pada acara Masters Historic Race Weekend di Donington Park, England pada awal tahun ini.

Jordan 191 – Ford Cosworth HB tersebut kini disenaraikan untuk dijual di speedmasters.com, namun harganya masih belum dikenal pasti.
 
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here