Selepas dua dekad, Ford Escort 1981 milik Puteri Diana muncul untuk dijual

1465

Sebuah Ford Escort 1981 yang pernah dimiliki oleh mendiang Puteri Diana akan dijual pada 29 Jun ini di Reeman Dansie dengan harga yang dijangka akan mencecah sekitar RM231k.

Kereta ini menjadi model Ford paling popular di dunia ketika digunakan oleh mendiang Puteri Diana, yang ketika itu memiliki gelaran Princess of Wales. Ianya dihasilkan bermula tahun 1980 hingga 2003.



Difahamkan, sedan tersebut merupakan hadiah pertunangan yang diberikan oleh Putera Charles kepada Puteri Diana pada tahun 1981, kira-kira dua bulan sebelum tarikh perkahwinan mereka. 

Ford Escort puteri diana

Ford Escort itu dijadikan kereta peribadi Puteri Diana, dimana ibu kepada Putera William dan Putera Harry itu difahamkan sering memandunya untuk melihat Putera Charles bermain polo.

Setelah Puteri Diana melahirkan Putera William, sedan itu telah dijual kepada seorang peniaga barangan antik pada tahun 1982 dengan harga £6,000 (RM34,772).

Ford Escort puteri diana

Setelah beberapa tahun, sedan ini sering bertukar pemilik namun keaslian rupa bentuknya masih dikekalkan walaupun usianya sudah mencecah puluhan tahun.

Ford Escort puteri diana

Memiliki perbatuan 133,575km dan pernah digunakan oleh keluarga Diraja England, sedan ini tampil dengan aksesori premium (pada masa itu) seperti lambang katak perak pada bonet hadapan, ruangan dalam yang disertakan dengan kemasan kayu dan tempat duduk velor mewah.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here