Ford Escort Mk2 Pandem ‘Emotion’, kereta pertama Malaysia sertai Tokyo Auto Salon (2023)

736

Ford Escort Alie Kouppa Retro Havoc merupakan kereta pertama Malaysia menyertai Tokyo Auto Salon (2023).

Perjalanan proses modifikasi Ford Escort Mk2 Pandem itu dikongsi menerusi akaun TikTok miliknya yang dibahagikan kepada 10 episod. 



Dia juga mengumumkan penyertaaan berkenaan penghujung bulan lalu dengan kapsyen, “Alhamdulilah dah masuk list TAS2023 TOKYO AUTO SALON 2023. Kita bawak semua nama brand Malaysia kasi up.” 

Dipamerkan di dewan 5, Makuhari Messe International Convention Complex, bandar Chiba, asas model yang digunakan oleh Alie Kuoppa adalah Ford Escort Mk2 (1978).

JANAKUASA

Bersama Kei Miura dari Rocket Bunny yang menghasilkan kit badan Ford Escort.

Bagi janakuasa, Alie menggunakan sistem enjin 1,587cc 4AGE dari Toyota AE86 yang menghasilkan kuasa 140PS dan tork 161Nm. 

Antara komponen talaan dan alat ganti yang digunakan bagi menaiktaraf janakuasa tersebut adalah sistem pengurusan enjin Fueltech FT450, sistem terotel badan SK-Sanyo dan aci sesondol 256-264 HKS talaan AMN Garage. 

Transmisi pula menggunakan kotak gear T50 manual 5-kelajuan dengan klac AE86 serta 4.1 LSD TRD juga dari AE86. Sementara, bahagian kepala ekzos adalah versi kustom dari Tonnka. 

Ford Escort ini menggunakan sistem suspensi udara Airdrop daripada SFS Garage. Kemudian rim Watanabe 15 inci dibaluti dengan tayar Kumho (205/50) di depan dan Archiles  (245/45) di belakang.

Ford Escort dengan warna badan merah jambu itu juga sah digunakan di jalan raya. Bahkan pada salah satu video yang dimuatnaik di akaun Facebook, Alie turut menampal nombor plat Malaysia yang mengikuti spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan. 

Alie berkongsi permulaan kolaborasi projek berkenaan dengan Pandem dan Hardcore Tokyo di salah satu video TikTok. 

Dua tahun lalu dia berbincang bersama Miura dan Jun bagi menghasilkan satu projek. Oleh kerana dia merupakan peminat tegar Ford Escort, dia menjadikan Mk2 milik Ken Block sebagai rujukan pembangunan projek berkenaan. 

@retrohavoc

Part 00. Sejarah bermulanya Project FORD ESCORT MK2 PANDEM PROJECT001. Sila repost #retrohavoc #retrohavoc2022 #pandem #pandemJapan #pandemBodykit #hardcoreTokyo #malaysia #japan #fordescort #fordescortMK2 #ford #fordPandem #emotionFordmk2 #bandisprayworks #amnMotorsports #sfsGarage #slidemilitant #aikkaPaint #atogara #aikkaPaint #tourismMalaysia #malaysiatrulyasia #thunder4X4 #rezaautoparts #kbs #mam #trapomalaysia #tokyoautosalon #optionmagazine #tokyoautosalon2023 #TAS2023 #retrohavoc2022

♬ original sound – RETRO HAVOC OFFICIAL – RETRO HAVOC OFFICIAL

“Dia cakap masih simpan lagi 3D scanning untuk Ken Block jadi kita minta special request untuk Retro Havoc. Miura cakap boleh buat untuk mass production tetapi Retro Havoc akan jadi yang pertama..tunggu siap dan launching baru kita jual,” kongsinya. 

Awal pembangunan kit badan tersebut adalah berwarna biru, bagaimanapun pemilihan warna pada imej render itu dilihat tidak sesuai lalu digantikan dengan warna merah.

“Masih kekalkan ciri-ciri Ford Escort shape, selepas semuanya sah, Miura umumkan kolaborasi bersama Retro Havoc di FB mereka. Bila siap kit badan dihantar dan kami teruskan test fitting,” katanya. 

@retrohavoc

Alhamdulilah dah masuk list TAS2023 TOKYO AUTO SALON 2023. Kita bawak semua nama brand Malaysia kasi up. Share kalau suka👍🇲🇾 Boleh click link ni: https://www.tokyoautosalon.jp/2023/apl/ap/CList02.dll/?mode=&st1=46501&cid=S0230218&sn1=&sn2= #retrohavoc #retrohavoc2022 #pandem #pandemJapan #pandemBodykit #hardcoreTokyo #malaysia #japan #fordescort #fordescortMK2 #ford #fordPandem #emotionFordmk2 #bandisprayworks #amnMotorsports #sfsGarage #slidemilitant #aikkaPaint #atogara #aikkaPaint #tourismMalaysia #malaysiatrulyasia #thunder4X4 #rezaautoparts #kbs #mam #trapomalaysia #tokyoautosalon #optionmagazine #tokyoautosalon2023 #tas2023

♬ Those Eyes – Sped Up – New West

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here