Basikal Raleigh Traveler 1970 milik mendiang Puteri Diana akan dilelong, anggaran harga RM114k!

2004

Basikal milik mendiang Puteri Wales, Puteri Diana, iaitu sebuah Raleigh Traveler 1970 akan dilelong pada akhir April ini.

Raleigh Traveler 1970

Basikal tersebut disenaraikan di acara lelong Burstow & Hewett, dan dianggarkan bernilai sekitar £20,000 (RM113,809).



Basikal ini mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri, terutama bila dikaitkan dengan nama panggilannya iaitu Shame Bike.

Raleigh Traveler 1970

Sebelum ini, ketika Puteri Diana bertunang dengan Putera Charles, dia diberitahu bahawa tidak wajar seorang puteri berbasikal di London setelah berkahwin.

Ketika itu, Puteri Diana telah memiliki basikal tersebut selama bertahun-tahun dan kerap menunggangnya. Ketika diberitahu oleh penasihat kerajaan, dia akhirnya tidak lagi menunggang basikal tersebut.

Raleigh Traveler 1970

Puteri Diana kemudian secara diam-diam menjual basikal tersebut kepada rakan ayahnya, dan ianya disimpan selama 27 tahun.

Pada tahun 2018, basikal ini telah dijual dua kali, jualan pertama bernilai £211 (RM1,200) dan jualan kedua pula pada £9,200 (RM52,352).

Raleigh Traveler 1970

Raleigh Traveler 1970 ini dilengkapi dengan roda 26-inci, tiga gear Sturmey Archer dan dilengkapi dengan pam tangan yang masih original. Berdasarkan gambar, secara keseluruhan, basikal ini masih berada dalam keadaan yang baik.

Acara lelongan untuk Raleigh Traveller 1970 ini akan disiarkan secara langsung pada 28 April 2021.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here