Salah satu dari 600 unit Honda Civic Type R Limited Edition kini dilelong!

266

Honda Civic Type R Limited Edition yang baharu diperkenalkan telah memasuki pasaran kenderaan terpakai di Amerika Syarikat, dan lima hari sebelum tempoh lelongan berakhir, model ini telah mendapat tawaran tertinggi pada USD46,000 (RM190,371).

Civic Type R Limited Edition

Honda hanya menghasilkan sebanyak 600 unit Civic Type R Limited Edition untuk pasaran Amerika Syarikat, dan kereta ini yang kini dijual di Bring a Trailer merupakan unit ke-3 dari jumlah tersebut.

Memiliki perbatuan hanya 40km, kereta ini dijual dengan lengkap dengan literatur pengeluar, pelekat pada tingkap, Carfax report dan North Carolina title.

Civic Type R Limited Edition

Semua unit hadir dengan warna Phoenix Yellow, dan roda aluminium 20 inci dari BBS yang disertakan dengan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 245/30.

Berbanding dengan Civic Type R standard, versi ini dilengkapi dengan sistem suspensi yang diselaraskan khas dengan spring, bushing, dan anti-roll bar. Sistem brek pula menampilkan kaliper dari Brembo.

Civic Type R Limited Edition

Berhubung rangkaian kuasanya, tiada perubahan yang dilakukan dan masih menggunakan enjin 2.0 liter turbocharged. Enjin itu menghasilkan 306 atau 320hp yang disalurkan ke kotak gear manual 6-kelajuan.

Pada ruangan dalam, ia turut dilengkapi stereng dengan balutan Alcantara dan tombol gear yang baru.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here