SMART Tire Company dan NASA bekerjasama hasilkan tayar basikal tanpa angin

1710

Sebuah syarikat tayar telah bekerjasama dengan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) untuk menghasilkan tayar basikal aloi angkasa lepas pertama di dunia untuk dijual ke pasaran awam.

tayar basikal

SMART Tire Company dalam pengumumannya baru-baru ini berkata, tayar basikal tanpa udara berinovasi itu bakal dibangunkan dan diuji oleh NASA untuk misi Mars Rover pada masa akan datang.



Diberi nama METL, tayar canggih itu diperbuat daripada logam memori pintar yang tidak meregang, menyusun semula struktur molekulnya ketika dibengkok dan berupaya kembali ke bentuk asal dalam kadar segera.

Menurut satu kenyataan daripada NASA, wayar dianyam dengan teliti untuk menghasilkan struktur tayar tanpa udara yang mempunyai kebolehan melentur di atas permukaan, tidak seperti tayar basikal biasa.

“Bahan aloi memori bentuk (SMA) pula bertindak sebagai penyerap kejutan serta dapat melintasi kawasan berbatu dengan mudah tanpa merosakkan tayar,” kata kenyataan itu.

tayar basikal

Secara teknikal, tayar pintar METL adalah sebuah rim dengan bahagian luar diperbuat daripada bahan elastik berteknologi tinggi digelar NiTinol+, yang membentuk mengikut keadaan jalan serta kembali semula ke bentuk asal dengan pantas.

Tayar ini mempunyai tahap kelenturan seperti getah namun memiliki kekuatan titanium dan memberi kelebihan kepada pengguna untuk tidak lagi perlu menukar tayar basikal selama-lamanya.

tayar basikal

Proses pembuatan tayar METL melibatkan proses memanaskan roda ke suhu melebihi 500 darjah Celcius dan direka khas untuk suhu melampau dan persekitaran planet seperti Marikh.

Tayar tersebut dijangka memasuki pasaran pada tahun depan namun anggaran harga masih belum didedahkan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here