2 kapal terbang terbiar di Johor bakal diubah suai menjadi hotel

5234

Kemunculan dua buah kapal terbang di kawasan lapang berdekatan Kempas, Johor Bahru telah mengundang tanda tanya warganet pada satu ketika dahulu.

kapal terbang johor

Pada 2019, dikhabarkan dua kapal terbang tersebut mahu dijadikan sebagai restoran tetapi seperti tiada perkembangan. Untuk pengetahuan anda, kapal terbang tersebut dikatakan pernah terbiar selama 10 tahun di Lapangan Terbang Senai sebelum dilelong.



Berdasarkan laporan, selepas beberapa tahun dibiarkan begitu sahaja di kawasan lapang, pesawat Boeing 747 tersebut bukan hanya dijadikan restoran tetapi akan diubahsuai menjadi sebuah hotel bersama sebuah restoran.

Bukan itu sahaja, taman berdekatan kawasan lapang tersebut turut dalam perancangan untuk dibaik pulih. Akan tetapi, tiada maklumat lanjut bila projek ini akan selesai dan bakal dibuka kepada umum.

Pastinya konsep yang di bawa sudah cukup menarik minat ramai orang untuk berkunjung ke hotel dalam kapal terbang ini. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here