Pernah terbangkan pesawat tiga kali, ‘kapten’ berusia tujuh tahun ini tular di Uganda

1923

Seorang budak berusia tujuh tahun di Uganda tular kerana pernah menerbangkan pesawat sebanyak tiga kali. Bukan pesawat olok-olok, tetapi Cessna 172 sebenar!

Graham Shema yang juga menerima nama timangan ‘kapten’ mempunyai kemahiran dalam bidang penerbangan dan sangat meminatinya. Dia juga menjadikan Elon Musk sebagai contoh (role model).



Juga meminati mata pelajaran matematik dan sains, Graham bercita-cita untuk menjadi juruterbang dan angkasawan. Dia mempunyai impian untuk menjelajahi planet Marikh. Graham sebelum ini menerbangkan Cessna 172 sebagai juruterbang pelatih.

Role model saya ialah Elon Musk,” kata Graham. “Saya suka Elon Musk kerana ingin belajar dengannya mengenai angkasa, pergi ke angkasa dan bersalaman dengannya.”

Graham telah ditemuramah oleh stesen televisyen tempatan dan juga menerima undangan oleh kedutaan Jerman serta menteri pengangkutan negara itu.

Apabila jurulatih Graham di Entebbe International Airport bertanya padanya bagaimana enjin Bombardier CRJ9000 berfungsi, dia dengan selamba menjawab: “Tiub menyedut udara dan menyuntiknya ke dalam kompresor, kemudian kompresor memampatkannya dengan bilah-bilah kipas, selepas itu ia menjadi panas.”

Minat mendalam Graham terhadap penerbangan tercetus apabila sebuah helikopter polis terbang sangat rendah dan menerbangkan bumbung rumah neneknya.

Insiden itu berlaku di pinggir ibu negara Uganda di Kampala semasa Graham sedang bermain di luar rumah. Menurut ibunya, Shamim Mwanaisha, “Ia mencetuskan sesuatu pada mindanya.”

Shamim berkata pada masa itu anaknya terus melontarkan pelbagai soalan mengenai bagaimana sebuah kapal terbang berfungsi – sehinggalah dia menghubungi akademi penerbangan berdekatan.

Graham kemudian memulakan pembelajarannya di rumah mengenai komponen-komponen pesawat serta istilah-istilah penerbangan. Lima bulan kemudian, dia teruja memulakan kelas penerbangan.

“Saya rasa seperti seekor burung terbang di udara,” katanya dalam penerbangan pertamanya.

Sejak itu dia terbang tiga kali sebagai pembantu juruterbang. Semasa tempoh pandemik, dia memfokuskan pada teori penerbangan serta menonton video-video penjelajahan angkasa lepas.

Sumber gambar: Reuters

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here