Ahad, 24 Januari 2021
Utama Berita Automotif Elon Musk kini individu kedua terkaya di dunia, atasi Bill Gates

Elon Musk kini individu kedua terkaya di dunia, atasi Bill Gates

336
Menurut senarai jutawan Bloomberg, pengasas Tesla, Elon Musk kini menjadi individu kedua terkaya di dunia, sekaligus mengalahkan pengasas Microsoft, Bill Gates.
 
elon musk terkaya di dunia
Musk, 49, menambah kekayaannya sebanyak AS$7.2 bilion (RM29.4 bilion) pada Isnin berikutan lonjakan saham terbaharu Tesla. Kekayaan pengasas syarikat teknologi itu kini dianggarkan pada AS$128 bilion (RM523.20 bilion).
 
Usahawan kelahiran Afrika Selatan itu kini memintas jutawan-jutawan lain termasuk pengasas Facebook, Mark Zuckerberg serta Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif LVMH, Bernard Arnault.
 
Kini, satu-satunya individu yang mendahuluinya ialah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Jeff Bezos dengan kekayaan bernilai AS$182 bilion (RM743.93 bilion).
 
Sementara itu, penularan pandemik Covid-19 telah menambah nilai kekayaan hartawan kerana syarikat teknologi menjadi kegemaran ekoran prestasi kukuh dalam pasaran saham.
 
Pada 2020, saham Tesla melonjak lebih 500 peratus dan ia kini bernilai lebih AS$500 bilion (RM2043.75 trilion).
 
Menurut laporan AFP, Musk memiliki sekitar 18 peratus saham dan mengaut keuntungan sebanyak AS$100 bilion (RM408.75 bilion) dalam tempoh tersebut.
 
Saham Tesla meningkat sejak pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang memilih dasar lebih agresif untuk menangani perubahan iklim. Lonjakan saham Tesla juga didorong oleh pengumuman bahawa ia didaftarkan dalam indeks S&P 500.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here