Sultan Ibrahim kurniakan Proton X70 dan Perodua Myvi kepada doktor, ketua jururawat Hospital Sultanah Aminah

2079
DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan mengurniakan kereta kepada Pengarah Hospital Sultanah Aminah dan kakitangan Wad DiRaja, hari ini.
Sultan Ibrahim
Pengurniaan itu adalah sebagai penghargaan atas dedikasi, komitmen serta profesionalisme yang tinggi dalam perkhidmatan mereka.
 
Pengarah Hospital, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad, Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan & Trauma, Dr. Ismail Jumali dan Pegawai Perubatan Unit Kardiotorasik Anestesia, Dr. Mohd Firdaus Shamsuddin masing-masing telah menerima sebuah Proton X70.
Sultan Ibrahim
Manakala Ketua Penyelia Jururawat, Sarinah Sukor dan Penyelia Jururawat, Fauziah Sulaiman masing-masing telah menerima sebuah Perodua Myvi.
 
Kenderaan diserahkan oleh Dato’ Perdana Dalam, Kolonel (B) Dato’ Mohamed Perang Musa selaku wakil kepada Baginda Tuanku Sultan Ibrahim.
Sultan Ibrahim
“Patik memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT dan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada KeBawah Duli Tuanku atas kurniaan Baginda ini kepada patik dan kakitangan sekalian.
 
“Patik mendoakan Tuanku serta Kerabat DiRaja sentiasa sihat sejahtera. InsyaAllah, kami akan terus berikan perkhidmatan terbaik kepada Tuanku sekeluarga serta rakyat jelata, kata Dr. Mohtar selepas menerima kenderaannya.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here