Jadikan Perodua Myvi anda lebih premium dengan tempat duduk kulit custom ini!

7428

Menukar atau menaik-taraf tempat duduk kenderaan biasanya melibatkan penukaran ke arah yang lebih sporti seperti jenis semi bucket atau full bucket.

Tetapi bukan semua orang berminat dengan itu, jadi apa kata tukar tempat duduk kereta anda kepada yang lebih selesa dengan kualiti lebih baik?



Khas untuk pemilik Perodua Myvi (generasi terbaharu G3), anda boleh mendapatkan tempat duduk kulit custom fit, ditawarkan khas oleh Gosford Leather.

Anda masih ingat Proton Iriz guna Nappa Leather yang kami paparkan beberapa bulan lepas? Ya, Gosford Leather ini juga syarikat yang sama memasang Nappa Leather pada Iriz itu.

Kini Gosford Leather menawarkan promosi tempat duduk kulit custom-fit untuk pemilik Myvi, hanya RM699 sahaja termasuk pemasangan. Harga asal sebelum promosi ialah RM1,000. Kira-kira RM300 lebih jimat!

Tempat duduk ini bukanlah jenis sarung (slip cover), tetapi jenis tetap dan ia dijahit kemas kepada tempat duduk asal.

Ia menampilkan bahan sintetik berwarna kelabu cerah dan jahitan kelabu, serta mempunyai rekaan sporti. Bahan sintetik ini ialah gred automotif dan bukan seperti perabot, jadi tempat duduk ini mempunyai perlindungan UV. Ia juga kalis air.

Aspek keselamatan juga tidak diabaikan. Seperti anda mungkin tahu, Perodua Myvi G3 dilengkapi dengan empat atau enam beg udara – bergantung sama ada varian G, Premium, High atau Advance – semuanya mempunyai beg udara sisi di tempat duduk depan.

Jadi tempat duduk custom-fit Gosford Leather ini juga menyediakan ruang khas untuk beg udara itu. Selain itu, ciri praktikal turut diberikan pada tempat duduk kulit custom ini iaitu poket tepi, poket belakang dan cangkuk gantung barang.

Susah ke nak jaga tempat duduk kulit custom? Lebih kurang sama sahaja dengan penjagaan bahan kulit biasa. Anda boleh gunakan perapi (conditioner) kulit, dan penggunaan cecair pembasmi kuman juga tidak merosakkan.

Tetapi jika anda mahu penjagaan terbaik, boleh hantar sahaja kepada Gosford kerana mereka tidak hanya menjual dan memasang, malah turut menyediakan khidmat penyelenggaraan. Oh ya, tempat duduk kulit ini dilindungi juga oleh jaminan satu tahun.

Berminat pasang pada Myvi anda? Sebelum hadir, anda boleh tempah slot anda di Shopee, Facebook rasmi, Gosford Online Shop atau Whatsapp kepada https://senang.la/nak/leatherseatorder.

Anda juga boleh berhubung terus dengan jurujual Gosford sama ada Ayie atau Amirul untuk rundingan atau perbincangan.

Tempahan akan mengambil masa lima hingga enam hari untuk diproses, dan sekiranya anda sudah mendapat slot, tempoh pemasangan di premis Gosford akan mengambil masa kira-kira enam jam.

Gosford pada masa ini mempunyai dua cawangan iaitu di Petaling Jaya dan Johor Bahru. Anda boleh rujuk lokasi cawangan mereka di sini.

Sebagai pakar dalam bahan balutan kulit, Gosford juga menawarkan produk kulit untuk semua jenis kenderaan. Selain untuk tempat duduk, anda boleh berikan balutan kulit kepada kusyen, perehat leher, stereng, tombol gear, pemegang brek parkir dan siling bumbung.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.gosfordseat.com/gosfordseat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here