Yamaha e-Vino skuter elektrik gaya Vespa untuk Jepun, bakal tiba ke pasaran Eropah

2289

Yamaha Jepun memasuki segmen motosikal dan skuter elektrik dengan memperkenalkan model terbarunya iaitu e-Vino. Skuter ini ialah versi elektrik dari model Vino yang banyak digunakan di Asia.

Bersaiz agak kecil, e-Vino direka khas untuk perjalanan jarak dekat, dan dilengkapi dengan satu tempat duduk. Skuter elektrik ini juga agak ringan, dimana ia mempunyai berat hanya 68kg.



Jika dipasang dengan bateri berkapasiti 50V, berat keseluruhannya akan bertambah kepada 74kg.

yamaha e-vino

Penggunanya juga akan diberi pilihan untuk meletakkan bateri tambahan bagi menggandakan jarak perjalanannya. Ini kerana e-Vino hanya mampu digunakan dalam jarak 29km sahaja. Cukuplah untuk ulang-alik pergi kerja, kan?

Dengan bateri yang mudah dicabut dan dicas ke mana sahaja, baterinya memerlukan masa selama tiga jam untuk pengecasan penuh.

yamaha e-vino

Skuter elektrik ini juga mampu menghasilkan kelajuan maksimum sehingga 44km/j sahaja, dan menjadi kenderaan yang sesuai untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran.

Yamaha e-Vino baru sahaja dilancarkan di pasaran domestik di Jepun, tetapi telah mendapat paten di Eropah. Ini bermakna, ia akan dipasarkan di sana tidak lama lagi.

Harga permulaan untuk skuter elektrik e-Vino adalah USD2,280 (RM9,378).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here