Geely menang anugerah untuk powertrain 1.5 TGDI pada Proton X50

2103

Geely memenangi tempat pertama untuk anugerah China Automotive Industry Science and Technology Award untuk pembangunan powertrain 1.5 TGDI dan DCT 7-kelajuan.

Seperti diketahui, powertrain berprestasi tinggi yang terdiri dari enjin 3-silinder suntikan terus bahan api dan tranmisi dwi-klac itu digunakan buat pertama kali dalam kumpulan Geely pada Proton X50 varian Flagship.  



Anugerah oleh Society of Automotive Engineers di China (SAE-China) itu dianggap sebagai ‘Nobel Prize’ atau yang terulung untuk industri automotif. Jadi ia merupakan satu pengiktirafan tinggi untuk powertrain moden yang ramai antara kita masih ragu-ragu.

Enjin ini dibangunkan bersama oleh Geely dan Volvo di pusat R&D dan China Euro Vehicle Technology (CEVT) di Gothenburg dan di Geely Automotive Research Institute di Hangzhou, China.

Dan jika anda masih belum tahu, enjin sama yamg memacu X50 anda telahpun digunakan oleh lebih 600,000 kenderaan seluruh dunia. Diharapkan berita ini dapat menghilangkan keraguan atau rasa sangsi anda tentang enjin ini.

Tak perlu rasanya untuk ragu-ragu tentang gegaran, mudah rosak dan sebagainya kerana sememangnya kita bukanlah ‘tikus makmal’ untuk pakej ini.

Prestasi, ringan, boleh-harap dan cekap bahan api adalah prinsip utama untuk enjin ini.

Transmisi DCT 7-kelajuan pula dibangunkan oleh Geely mengikut standard Volvo dan mempunyai masa pertukaran gear selaju 0.2 saat dengan tahap kecekapan 97.2 peratus. Dijangkakan transmisi ini akan dipasang pada satu juta kenderaan menjelang akhir tahun ini.

Satu lagi aspek yang menjadi penekanan oleh Geely untuk enjin 3-silinder ini ialah untuk memberikan tahap kesenyapan setaraf dengan enjin 4-silinder.

Geely telah menjalankan 120 ujian NVH (bunyi, gegeran dan getaran) untuk mencapai matlamat ini. Ia termasuklah merekabentuk 12 komponen utama seperti shaf pengimbang penyerap getaran dan flywheel dwi-jisim dengan penyerap centrifugal.

Selain Proton X50 1.5TGDI Flagship anda, powertrain ini juga telah dieksport ke UK dan Sweden dengan perancangan mengeksport ke 27 negara menjelang tahun depan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here