Perodua Myvi 2020 kini dengan ASA 2.0, tidak terhad kepada varian 1.5 AV sahaja

4767

Perodua Myvi kini tampil dengan peningkatan untuk 2020. Kenderaan kegemaran rakyat Malaysia itu kini mendapat Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 berserta warna baharu Electric Blue. Dan ia kini sudah boleh mula ditempah di semua bilik pameran Perodua.

Dan lebih menarik lagi, jika dulu ASA 2.0 hanya terdapat pada varian tertinggi 1.5 AV, kini ia juga boleh didapati pada varian 1.5 H, dan ditawarkan sebagai pilihan kepada 1.3 X.



Sistem ASA yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran muncul buat kali pertama pada Perodua Myvi generasi ketiga pada 2017, merangkumi Amaran Pra-Pelanggaran (sehingga 30 km/j), Brek Pra-Pelanggaran (sehingga 30 km/j), Amaran Pergerakan Hadapan dan Kawalan Kesilapan Pedal.

ASA 2.0 pula muncul pada Aruz buat julung kali pada 2019. Sistem ini menambah ciri Pengesan Pejalan Kaki (sehingga 50 km/j) dan meningkatkan kelajuan operasi Amaran Pra-Pelanggaran dan Brek Pra-Pelanggaran kepada 100 km/j dan 80 km/j masing-masing.

Berkenaan warna pula, Electric Blue akan ditawarkan kepada semua varian. Warna Ivory White, Glittering Silver, Lava Red dan Granite Grey (kini untuk semua varian kecuali 1.3 G) turut ditawarkan.

Myvi kini boleh didapati dalam warna luaran baharu iaitu Electric Blue (untuk semua varian). Ivory White, Glittering Silver, Lava Red dan Granite Grey (kini untuk semua varian kecuali 1.3 G) turut ditawarkan.

Tiada perubahan dari segi mekanikal. Perodua Myvi masih ditawarkan dengan pilihan enjin 1.3-liter dengan 94hp dan 121Nm tork, dan enjin 1.5-liter dengan 102hp dan 136Nm tork.

Harga Perodua Myvi 2020 adalah seperti berikut:

1.3 G MT: RM41,292
1.3 G AT: RM43,029
1.3 X AT: RM44,959
1.3 X AT (dengan ASA 2.0): RM46,959
1.5 H AT (dengan ASA 2.0): RM50,530
1.5 AV AT (dengan ASA 2.0): RM52,697

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here