BYD Han EV, kereta elektrik dengan teknologi 5G

1978

BYD, sebuah syarikat pengeluar dari China telah memperkenalkan kereta elektrik yang diberi nama Han EV. Kereta ini dilengkapi dengan sistem HiCar 5G dari Huawei

Han EV

Han EV menggunakan sistem yang berasaskan kepada HarmonyOS, iaitu sistem operasi yang dibangunkan oleh pihak Huawei untuk pelbagai peranti berhubung. Melaluinya, ia menawarkan pelbagai sambungan pintar, termasuk sejumlah kawalan tambahan.



Huawei juga menyatakan melalui penggunaan telefon pintar Huawei, pengguna boleh menghidupkan kenderaan. Pengguna masih boleh kekal mengakses kenderaan melalui ciri NFC walaupun telefon pintar tiada bateri, dan menggunakan kenderaan untuk mengecas peranti.

Penggunaan teknologi 5G di dalam kereta biasanya adalah untuk hiburan atau navigasi. Dengan sambungan internetnya sendiri, kereta ini tidak perlu disambungkan ke telefon untuk memuat turun podcast kegemaran pemandunya.

Han EV

Tetapi Huawei mempunyai lebih banyak rancangan teknologi 5G dalam industri automotif. Syarikat pengeluar telefon pintar ini telah menggunakan kepakaran mereka dalam teknologi 5G untuk membangunkan teknologi pemanduan autonomi.

Ini termasuk ujian kepada sistem C-V2X di China dan beberapa negara lain, yang membolehkan sesebuah kenderaan berkomunikasi antara satu sama lain ketika berada di jalan raya. 

Pada bulan Mei yang lalu, Huawei telah mengumumkan kerjasam mereka dengan 18 syarikat automotif berkaitan dengan penggunaan teknologi 5G di China. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here