18 pengeluar kereta kerjasama dengan Huawei untuk teknologi 5G

1479

Sebanyak 18 syarikat pengeluar kereta telah menjalinkan kerjasama dengan Huawei bagi menghasilkan kenderaan dengan teknologi 5G. Kerjasama ini bertujuan untuk mempercepat penggunaan teknologi 5G secara komersial dalam industri.

teknologi 5G

Pada fasa pertama, 18 syarikat pengeluar kereta yang terdiri dari First Automobile Group, Chang’an Automobile, Dongfeng Motor Corporation, SAIC Motor Corporation, Guangzhou Automobile Group, BYD Auto, Great Wall Motors, Chery Holdings dan JAC Motors akan bekerjasama dengan Huawei.



“Gabungan antara automotif dan ICT menjadikan kenderaan yang dibina hadir sebagai mesin pengembangan revolusi terkini yang bukan hanya akan memberi kesan luar biasa pada industri automotif, tetapi juga memberi kesan kepada kehidupan masyarakat yang lebih luas,” kata Rotating Chairman Huawei, Eric Xu.

Teknologi ini juga dikatakan mempunyai peranan penting dalam menyempurnakan kemampuan self-driving dan fasiliti hiburan.

Menurut GlobalData, Asia-Pasifik (APAC) akan berada di barisan depan dalam menggunakan teknologi 5G dengan jumlah pelanggan mencapai 1.14 bilion. Ianya akan menyumbang 65 peratus langganan 5G global menjelang tahun 2024, yang akan mempengaruhi banyak segmen seperti IoT dan automotif.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here