Covid-19: Kerjasama antara Renault dan Dongfeng di China berakhir

1097

Setelah mengumumkan bebas dari pandemik Covid-19, China sekali lagi diserang oleh virus berbahaya tersebut. Hal ini menyebabkan Renault mengambil keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Dongfeng Motor Group.

Renault dongfeng

Syarikat pengeluar kenderaan dari Perancis tersebut merupakan syarikat pengeluar kenderaan global kedua yang menarik diri dari bekerjasama dengan syarika besar di China dalam beberapa tahun kebelakangan ini.



Bersama dengan Dongfeng, Renault memberi fokus mengenai kenderaan penumpang di pasaran automotif terbesar dunia itu. Walaupun sudah tidak bekerjasama, Renault dikatakan tetap akan bekerjasama dengan syarikat dari China yang lain.

Renault merancang untuk memberi fokus terhadap kenderaan komersial dengan bekerjasama dengan Brilliance China Automotive Holdings. Syarikat ini akan memperkenalkan lima kenderaan model baru sebelum tahun 2023 dan merancang untuk mengeksport produk mereka ke pasaran yang lain.

Renault juga mempunyai fokus lain, iaitu kenderaan elektrik yang akan dibina bersama dengan syarikat Jiangling Motors Corporation Group, serta bekerjasama Nissan Motor Co. Ltd untuk enjin generasi baru.
 
“Kami akan menumpukan perhatian pada kenderaan elektrik dan kenderaan komersial ringan, dua pemacu utama mobiliti bersih di masa depan dan dengan lebih berkesan memperbaiki hubungan kami dengan Nissan,” kata Ketua Wilayah Renault China, Francois Provost.
 
Untuk maklumat, sepanjang tahun 2019, Renault hanya menjual sekitar 18,607 kenderaan. Angka itu jauh di bawah kapasiti tahunan 110,000 unit. Mereka juga telah berkata mengalami kerugian hingga USD212 juta (RM918juta).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here