Covid-19: Pelancong Perancis terkandas rasa lebih selamat di Malaysia

2678

Kedutaan Perancis merakamkan penghargaan atas kemampuan Malaysia mewujudkan persekitaran kesihatan meyakinkan dalam menangani wabak Covid-19 dan segala bantuan diberikan kepada warga asing yang terkandas di sini.

Duta Besar Perancis ke Malaysia Frédéric Laplanche, berkata mereka menghargai kemampuan Malaysia mewujudkan rasa yakin kepada kedutaan mengenai keadaan perubatan negara ini.



“Kedutaan mengucap terima kasih dan berasa amat lega kerana Kementerian Kesihatan dan semua petugas kesihatan di Malaysia menjadikan kami rasa yakin terhadap persekitaran perubatan di negara ini.

“Sehubungan itu, kedutaan menasihatkan 3,000 warga Perancis di sini supaya menjaga kesihatan dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasa kerajaan Malaysia,” katanya menerusi e-mel kepada Bernama.

Beliau berkata, kedutaan juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan serta perkhidmatan awam Malaysia atas bantuan diberikan kepada misi itu dalam pelbagai bidang.

Penerbangan yang disekat di semua lapangan terbang. Imej: The Star

Katanya, Kementerian Luar Malaysia membantu kedutaan memindahkan lebih 1,000 warganya yang terkandas akibat sekatan penerbangan susulan wabak COVID-19.

“Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen turut membantu menyelesaikan kes pelancong yang terkandas di lapangan terbang,” katanya.

Beliau memaklumkan kedutaan telah mengadakan penerbangan khas untuk membawa lebih 200 pelancong Perancis dan 50 warga dari negara Eropah yang lain untuk pulang ke negara masing-masing, pada 26 Mac.

Menurutnya, ada kira-kira 300 pelancong Perancis di Malaysia yang masih terkandas.

Laplanche berkata, kira-kira 150,000 pelancong Perancis mengunjungi Malaysia setiap tahun.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here