PKP lanjut dua minggu lagi bermula 15-28 April ini

1536

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan dua minggu lagi bermula 15 sehingga 28 April ini.

Menurutnya, lanjutan itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memberi ruang untuk memutuskan dan memerangi wabak Covid-19 menular dalam masyarakat.

“Tindakan itu selaras dengan WHO, supaya tidak menamatkan PKP terlalu awal dan tidak mahu seperti berlaku di beberapa negara selepas PKP selepas ditamatkan.



“Kita juga mesti bersedia berhadapan dalam tempoh yang berlarutan dalam beberapa bulan lagi supaya dapat wabak Covid-19 diatasi 100 peratus,” katanya sebentar tadi.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here