Proton hasilkan 60,000 pelindung muka untuk petugas barisan hadapan

1462

Selepas membekalkan barisan X70 untuk kegunaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Proton sekali lagi mengambil bahagian dalam usaha untuk membantu dan menyokong petugas barisan hadapan negara.

Kali ini, syarikat automotif nasional itu akan menghasilkan pelindung muka, iaitu komponen penting Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) untuk pekerja kesihatan.



Operasi pengeluaran dijangka akan bermula pada 13 April di ibu pejabat Proton di Shah Alam di mana peralatan tersebut akan dikeluarkan oleh kakitangan yang melakukannya secara sukarela.

Proton mensasarkan untuk menghasilkan sebanyak 60,000 pelindung muka dengan tempoh selama kira-kira 20 hari.

“Sebagai sebuah jenama automotif kebangsaan, usaha PROTON ini didorong oleh tanggungjawabnya untuk membangunkan industri kereta tempatan dan juga untuk menyokong negara dan rakyat Malaysia sekiranya mereka memerlukan sebarang bantuan,” kata Dato’ Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

“Syarikat mempunyai kepakaran untuk menghasilkan kereta jadi kami menggunakan kelebihan tersebut untuk menghasilkan peralatan PPE dalam usaha menyokong wira-wira barisan hadapan negara dalam membendung penyebaran COVID-19.

“Pelindung muka yang dihasilkan akan dihantar secara berperingkat dan kami akan bekerjasama rapat dengan pihak Kementerian untuk mengedarkan peralatan tersebut mengikut tahap keperluan di setiap daerah,” tambahnya.

Mengikut kepada peraturan yang ditetapkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Proton telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa untuk membenarkan sekumpulan kecil kakitangannya bekerja bagi menghasilkan pelindung muka tersebut di Shah Alam.

Pergerakan dan waktu kerja mereka akan dipantau untuk memastikan mereka mematuhi peraturan ditetapkan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here