Covid-19: Kadar pematuhan PKP meningkat kepada 97 peratus

1088

Kadar pematuhan rakyat Malaysia terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat kepada 97 peratus, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, Ismail Sabri menegaskan pihaknya masih belum berpuas hati dengan statistik tersebut kerana masih ada tiga peratus rakyat Malaysia yang ingkar pada arahan yang bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan pandemik Covid-19.

Jelasnya, jumlah tangkapan harian individu ingkar PKP juga telah menurun apabila seramai 300 individu ditahan semalam, berbanding 454 tangkapan pada hari sebelumnya.



“Berbanding kelmarin, kadar tangkapan menurun 34 peratus, namun kita masih mengkaji dan meneliti trend ini sebab dua hari lalu, mulanya menurun kemudian meningkat kembali.

“Peningkatan sebelum ini kita harap bersifat sementara kerana ramai yang keluar untuk ke Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mengeluarkan wang bantuan daripada kerajaan. Kita harap ia akan terus menurun,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here