PKP: 95 notis kompaun RM1,000 dikeluarkan semalam bagi mereka yang ingkar PKP

1287

Sebanyak 95 notis kompaun dikeluarkan bagi individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata selepas kompaun RM1,000 dilaksanakan semalam, sudah 95 notis kompaun diserah kepada individu yang ingkar PKP.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

“Mereka yang ingkar PKP dibawa ke balai polis untuk diberi kompaun RM1,000 itu. Mereka boleh membayar kompaun itu di pejabat kesihatan daerah atau balai polis berdekatan dalam tempoh dua minggu.



“Jika mereka gagal, mereka akan dihadapkan ke mahkamah,” katanya pada sidang media Harian Covid-19, sebentar tadi.

Berdasarkan laporan semalam, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan bahawa pengeluaran kompaun kepada pesalah PKP itu dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kita sudah terima SOP dan arahan untuk melaksanakan kompaun itu hari ini (semalam). Borang-borang kompaun juga sudah diterima dan diedarkan ke semua kontinjen polis negeri.

“Mereka yang didapati ingkar, akan dibawa ke balai polis sebelum diberikan kompaun dan bayaran perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu selepas tarikh ia dikeluarkan.

“Jika pesalah enggan membayar kompaun, mereka boleh meminta untuk dibicarakan,” katanya.

Orang ramai diminta supaya tidak mengambil mudah perkara itu kerana jumlah kompaun RM1,000 itu bukan nilai yang sedikit.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here