Covid-19: GoCar Malaysia dan Shell Malaysia sedia 200 buah Nissan Almera untuk kegunaan barisan hadapan

1570

Dalam sokongan untuk usaha kerajaan Malaysia mengekang penularan pandemik Covid-19, GoCar Malaysia dan Shell Malaysia turut bekerjasama dengan memberi kelancaran perjalanan kepada para petugas kesihatan.

GoCar Malaysia Shell Malaysia

Mulai 8-14 April 2020, GoCAr menawarkan 200 buah Nissan Almera yang terletak di 127 stesen Shell di seluruh semenanjung Malaysia secara percuma. Selain itu, Shell juga akan memberi baucar minyak bernilai RM30 untuk perjalanan para petugas kesihatan.



Inisiatif ini bertujuan untuk membantu petugas kesihatan termasuk doktor, jururawat, ahli farmasi, juruteknik makmal dan kakitangan pentadbiran bergerak ke hospital, klinik dan pusat kuarantin. Pendaftaran boleh dilakukan melalui laman web GoCar yang mempunyai pengesahan status kakitangan kesihatan dalam talian.

Sebaik sahaja berjaya, pendaftar akan menerima kod promo GoCar bernilai RM 483 yang boleh digunakan untuk menempah Nissan Almera, yang dihantar melalui e-mel.

CEO GoCar Malaysia, Alan Cheah berkata, “Ini adalah keutamaan kami untuk memastikan kereta kami sentiasa dibersihkan untuk kegunaan ahli GoCar. Kami juga perlu memastikan keselamatan para petugas kesihatan dan memastikan mereka selamat ke tempat kerja.”

CEO GoCar Malaysia, Alan Cheah

“Selain mengambil suhu badan dan memastikan kesihatan mereka pada setiap hari, kami juga akan menyediakan petugas kesihatan dengan kit pembersih yang terdiri daripada topeng muka, sarung tangan, sanitizer tangan, semburan disinfektan, dan semburan kain antibakteria yang akan digunakan semasa mereka bertugas.”

Selain itu, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd,  Shairan Huzani Husain berkata, “Shell Malaysia dengan sukacitanya bekerjasama dengan GoCar untuk menawarkan cara yang lebih mudah dan selamat untuk para petugas kesihatan untuk melakukan perjalanan.”

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd,  Shairan Huzani Husain

“Kami sedang berusaha dalam membantu para frontliner untuk menghalang penularan pandemik Covid-19, dan Shell melaksanakan inisiatif ini untuk memastikan para petugas kesihatan dapat bergerak dengan lancar ke medan pertempuran melawan pandemik ini.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here