Anak mendiang Paul Walker kongsi video lama sebelum kematian ayahnya

2445

Anak perempuan mendiang Paul Walker, Meadow Walker mengingati ayahnya dengan satu cara istimewa. Meadow, 21 tahun, memuatnaik satu video dia mengucapkan selamat hari jadi kepada ayahnya sebelum kematian bapanya itu dalam satu kemalangan pada 2013.

Meadow menyiarkan video itu di akaun Instagram miliknya dua hari lepas (Selasa).



“I never thought I’d share this. But it felt right,” (Saya tak sangka akan kongsi video ini. Tapi ia rasa tenang), tulisnya pada video itu. “Be good. I love you. Stay safe. Xx.” (Baik-baiklah di sana. Saya sayangkan ayah. Jaga diri. Xx)

Pelakon “The Fast and Furious” itu berusia 40 tahun, beberapa minggu sebelum dia terkorban dalam kemalangan.

Dia pada masa itu menjadi penumpang sebuah Porsche Carrera GT 2005 yang terbabas melanggar tiang lampu dan terbakar. Kemalangan itu berlaku di kawasan pejabat di Valencia, Santa Clarita kira-kira 48km di utara Hollywood.

Kereta itu dipandu rakan pasukan perlumbaannya, Roger Rodas yang turut terkorban dalam kemalangan itu.

Dalam video itu Meadow Walker sedang membuat kejutan kepada ayahnya.

“Happy birthday,” (Selamat hari jadi), katanya di dalam video itu.

“You just scared the hell out of me,” (Awak menakutkan saya), kata Paul sambil memeluk anak perempuannya itu.

Selepas kematian ayahnya, Meadow Walker meneruskan kerja-kerja amal dan kebajikan dengan Paul Walker Foundation yang menurut laman webnya “sebagai cahaya berterusan dari semangat unik Paul, mencapai matlamat jauh, dan kelakuan baik spontan.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here