Kilang Honda di Wuhan kembali beroperasi dengan pemakaian topeng muka dan pemeriksaan suhu

2029

Tempat-tempat ujian suhu dan poster yang mengingatkan pekerja untuk menjaga jarak sosial kini menjadi penampakan biasa di kilang Honda di Wuhan, China yang mula beroperasi semula.

Kilang itu yang merupakan usaha-sama dengan Dongfeng Motor Group ditutup akhir Januari lepas apabila pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung untuk mengekang wabak Coronavirus atau Covid-19.



Ia mula dibuka pada 11 Mac secara berperingkat dan kini dibuka sepenuhnya seperti sebelum penularan virus. Perkara ini dilaporkan kepada wartawan oleh Li Shiquan, Penolong Pengarah di bahagian pemasangan.

Pekerja yang kembali bekerja diarahkan untuk melaporkan di mana mereka berada sejak epidemik bermula dan tempat-tempat memeriksa suhu didirikan, kata Li.

Kira-kira 98 peratus dari 12,000 pekerjanya kini kembali bekerja dan menjalankan over-time untuk mengganti semula pengeluaran yang tertangguh. Kilang itu mengeluarkan 800,000 unit kereta tahun lepas.

“Kami mempunyai pelanggan yang menunggu kereta mereka minggu ini dan mengaturkan pekerja supaya bekerja tambahan 1 jam setengah atau lebih,” katanya yang menambah syif biasa ialah 8 jam.

Papan tanda yang digantung di siling kilang meletakkan sasaran 1,237 kereta pada hari itu, iaitu 17 peratus lebih tinggi dari kebiasaan 1,060 unit.

Wuhan yang menjadi hab perindustrian mula membenarkan orang ramai keluar masuk dari bandaraya itu menunjukkan situasi terkini Covid-19 yang semakin pulih.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here