PKP: Grab bantu adakan bazar Ramadan online

1608

Pengusaha bazar Ramadan akan menjalani langkah pendigitalan sebagai usaha untuk melariskan jualan secara dalam talian (online), ketika berdepan kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan.

PKP grab

Langkah penambahbaikan ciri perkhidmatan itu berupaya dicapai hasil kerjasama dimeterai antara Kerajaan Selangor, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Grab Malaysia.



Ketua Grab Malaysia, Sean Goh, berkata usahawan mikro dan penjual produk di laman sosial saban tahun mengharapkan Ramadan kali ini sebagai tempoh paling sibuk serta peluang berniaga menerusi penganjuran bazar di kawasan kejiranan mereka.

Bagaimanapun, kekangan membuka kedai secara fizikal dikhuatiri bakal menjejaskan kadar keuntungan mereka seperti sebelum ini, sekali gus menjejaskan pendapatan yang lazimnya dapat dijana pada bulan tersebut.

“Kami mahu menyokong dan menggalakkan mereka untuk mengguna khidmat pembayaran tanpa tunai serta mengembangkan jangkauan kepada jutaan pengguna Grab melalui perkhidmatan dalam ekosistem kami.

“Ia seperti GrabPay, GrabFood dan GrabExpress untuk membantu mereka menguruskan penghantaran barang sama ada kegemaran bazar, kuih-muih atau pakaian hari raya,” katanya dalam satu kenyataan. 

PKP grab

Sebagai perkhidmatan tempatan, Goh berkata, Grab sentiasa menggalakkan peniaga menguasai ekonomi digital bagi mengembangkan perniagaan mereka.

“Grab mempunyai dua inisiatif lain untuk membawa semangat Ramadan ke rumah rakyat Malaysia sambil menyokong perniagaan kecil dan usahawan mikro, selain menjadikan e-bazar Ramadan satu realiti,” katanya.

Setakat ini, Grab memaklumkan pihaknya bekerjasama dengan pelbagai pilihan rakan restoran mereka untuk mengaturkan menu kegemaran Ramadan yang sekian lama menjadi sinonim melangkaui zaman seperti ayam percik, murtabak dan roti John supaya boleh didapati di GrabFood tepat pada masanya apabila bulan puasa bermula.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here