Covid-19: Formula 1 2020 dijangka berlangsung secara tertutup

879

Pengarah teknikal Formula 1, Ross Brawn berkata saingan perlumbaan musim 2020 dijangka bermula di Eropah dan kemungkinan besar berlangsung tanpa kehadiran penonton susulan pandemik Covid-19.

Formula 1 covid-19

Grand Prix Kanada menjadi perlumbaan terbaru yang terpaksa ditunda akibat wabak berkenaan sekali gus menyaksikan sembilan perlumbaan awal bagi musim 2020 sudah dibatalkan atau ditangguhkan.



Brawn, berkata pihaknya sedang berusaha bagi memastikan kempen musim ini dapat diteruskan secepat mungkin sekali gus memberi sedikit hiburan kepada peminat dalam tempoh sukar ini.

“Perjalanan pasukan dan perjalanan untuk semua orang yang terbabit akan menjadi salah satu isu besar,” kata Brawn.

“Kemungkinan besar Eropah akan menjadi permulaan perlumbaan bagi musim ini.

“Kita akan mempunyai persekitaran yang sangat tertutup yang mana pasukan tiba menerusi penerbangan disewa khas, kami hantar mereka ke litar, kami pastikan semua orang menjalani ujian saringan dan tidak mendatangkan risiko kepada orang lain.

“Kami pernah berlumba tanpa kehadiran penonton dan ia bukan sesuatu yang kami mahukan tetapi ia lebih baik berbanding tiada perlumbaan langsung. 

“Kita perlu ingat jutaan peminat yang menonton perlumbaan secara langsung di rumah.”

Dalam pada itu, Brawn, berkata pihaknya menjangkakan sebanyak 18 hingga 19 perlumbaan boleh berlangsung untuk kalendar musim ini jika ia dapat bermula pada Julai.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here