Max Verstappen unggul di Grand Prix Abu Dhabi

861

Pelumba pasukan Red Bull, Max Verstappen berjaya muncul juara buat kali ke-10 sepanjang kariernya, selepas memenangi pusingan terakhir Formula 1 2020 iaitu Grand Prix Abu Dhabi.

Max Verstappen Grand Prix Abu Dhabi

Pelumba kelahiran Belanda tersebut melakar kemenangan keduanya pada musim ini di hadapan dua pelumba pasukan Mercedes, Valtteri Bottas dan Lewis Hamilton yang masing-masing menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dan ketiga.



Mengetuai perlumbaan dari sejak dari awal sehingga ke garisan penamat, Verstappen berjaya mengakhiri dominasi pasukan Mercedes di litar Yas Marina selama enam tahun berturut-turut.

Max Verstappen Grand Prix Abu Dhabi

“Apabila saya bermula di hadapan, saya mampu mengawal kelajuan dan hal tersebut membuatkannya segala-galanya semakin mudah, kata Verstappen.

Walaupun mendapat tekanan dari pasukan Mercedes, rakan sepasukan Verstappen iaitu  Alexander Albon berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat.

Kedudukan 10 teratas Grand Prix Abu Dhabi

1. Max Verstappen (Red Bull)
2. Valtteri Bottas (Mercedes)
3. Lewis Hamilton (Mercedes)
4. Alexander Albon (Red Bull)
5. Lando Norris (McLaren)
6. Carlos Sainz (McLaren)
7. Daniel Ricciardo (Renault)
8. Pierre Gasly (Alpha Tauri)
9. Esteban Ocon (Renault)
10. Lance Stroll (Racing Point)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here