Lewis Hamilton kini juara dunia F1 tujuh kali

912

Lewis Hamilton semalam sah meraih gelaran juara dunia F1. Ya, ini bermakna dia kini juara dunia Formula Satu 7 kali. TUJUH KALI!

“Anda pemandu F1 terhebat dalam sejarah,” ucap Sebastian Vettel. Juara dunia empat kali itu – dahulunya pesaing Hamilton – yang turut berjaya menaiki podium dalam GP Turki merupakan yang pertama meluru ke kereta nombor 44 untuk mengucapkan tahniah.

Pemandu kereta bernombor 44 iaitu Hamilton telah secara rasmi juga menyamai rekod yang dibuat oleh Michael Schumacher sebelum ini. Ia menjadikan Hamilton pemandu F1 paling berjaya sepanjang masa.

Jom Baca:   Formula One (F1) di Jeddah jadi tanda tanya selepas loji minyak diletupkan

Dalam apa jua perkiraan yang boleh dibuat – bilangan kedudukan petak depan, kedudukan podium, perlumbaan yang dimenangi dan sebagainya – Hamilton nombor satu.

“Saya pastinya sukar berkata-kata,” ucap Hamilton yang terharu selepas perlumbaan. “Biasanya saya akan memulakan dengan ucapan terima kasih kepada mereka di sebalik tabir. Perjalanan ini sangat bermakna. Saya telah engimpikan ini semenjak saya masih kecil, semasa menonton perlumbaan GP, (tapi) ini di luar jangkaan.”

“Kepada semua di luar sana, jangan sesekali meragui diri anda.”

Melalui GP Turki, apa yang perlu Hamilton lakukan adalah tamat di depan satu-satunya pesaingnya yang tinggal, iaitu rakan sepasukannya Valtteri Bottas. Kedua-duanya agak tercicir, Hamilton di tempat keenam dan Bottas kesembilan, tapi mereka tetap berjaya menaiki tangga kedudukan.

Jom Baca:   Formula 1: Lewis Hamilton tolak spekulasi pindah ke pasukan Ferrari

Di separuh masa kedua perlumbaan, dominasi Hamilton semakin jelas kerana walaupun tayar intermediate yang digunakan semakin haus, dia tetap memotong Bottas satu pusingan.

Valtteri berkata selepas perlumbaan, “Dia memang benar-benar berhak. Saya akan cuba menandingi dia lagi tahun depan.”

Tahniah Hamilton dan seluruh pasukan Mercedes-AMG Petronas F1!

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here