Raih kemenangan ke-85 Formula 1, Lewis Hamilton hampiri rekod Michael Schumacher

1547

Juara dunia enam kali, Lewis Hamilton muncul juara pada Formula 1 Pirelli Grosser Preis der Steiermark yang diadakan di litar Red Bull Ring, Austria.

 Lewis Hamilton Formula 1

Kemenangan ini merupakan yang ke-85 Hamilton dalam Formula 1, dan rekod tersebut hampir menyamai rekod yang pernah dihasilkan oleh Michael Schumacher iaitu dengan 91 kemenangan.



Pasukan Mercedes berjaya mendominasi siri perlumbaan ini apabila rakan sepasukan Hamilton iaitu Valtteri Bottas, berjaya menduduki tempat kedua. Buat masa sekarang perbezaan mata kedua pelumba ini ialah enam mata. 

Pelumba pasukan Red Bull, Max Verstappen melengkapkan kedudukan podium setelah diatasi oleh Bottas pada pusingan akhir pelumbaan. 

Kedua-dua pelumba pasukan Ferrari iaitu Charles Leclerc dan Sebastian Vettel telah tersingkir kerana mengalami kemalangan semasa pusingan awal perlumbaan.

Sebelum perlumbaan bermula, kesemua pelumba termasuk Hamilton mengenakan t-shirt Black Lives Matter sebagai sebahagian daripada kempen anti perkauman.

Perlumbaan semalam merupakan buat pertama kalinya sebuah litar digunakan untuk dua siri perlumbaan berturut-turut pada tahun kejuaraan yang sama. Hal ini disebabkan oleh susunan semula jadual perlumbaan disebabkan pandemik Covid-19.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here