Unggul di GP Emilia Romagna, Mercedes sah juara Formula 1 kali ke-7 berturut-turut

1252

Mercedes mengesahkan rekod kejuaran Formula 1 ke-7 berturut-turut mereka apabila duo pelumba, Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas unggul dan memberikan prestasi yang terbaik pada GP Emilia Romagna.

Mercedes Formula 1

Mercedes sebelum ini berkongsi rekod dengan pasukan Ferrari, yang memenangi enam kejuaraan berturut-turut antara tahun 1999 hingga 2004, ketika Michael Schumacher berada di prestasi terbaiknya.



Dominasi Mercedes dalam Formula 1 diketuai oleh Hamilton, yang kini dalam misi memburu gelaran juara dunia ketujuh buat dirinya.

Mercedes Formula 1

Pelumba kelahiran United Kingdom ini baru sahaja memenangi kemenangan ke-93 sepanjang kariernya, dan berkemungkinan besar akan muncul juara pada GP Turki yang akan berlangsung pada 15 November.

Rakan sepasukan Hamilton yang memulakan perlumbaan di petak pertama, Valtteri Bottas menamatkan saingan di tempat kedua manakala Daniel Ricciardo dari Renault, ketiga.

“Pencapaian yang luar biasa daripada anda semua. Saya sangat berbangga dengan anda dan rasa bertuah menjadi sebahagian daripada kejayaan ini,” kata Hamilton menerusi radio pasukan.

Keputusan penuh GP Emilia Romagna 2020

1. Lewis Hamilton, Mercedes
2. Valtteri Bottas, Mercedes
3. Daniel Ricciardo, Renault
4. Daniil Kvyat, AlphaTauri
5. Charles Leclerc, Ferrari
6. Sergio Perez, Racing Point
7. Carlos Sainz Jr., McLaren
8. Lando Norris, McLaren
9. Kimi Raikkonen, Alfa Romeo
10. Antonio Giovinazzi, Alfa Romeo
11. Nicholas Latifi, Williams
12. Romain Grosjean, Haas
13. Sebastian Vettel, Ferrari
14. Lance Stroll, Racing Point
15. Alex Albon, Red Bull
16. George Russell, Williams
17. Max Verstappen, Red Bull
18. Kevin Magnussen, Haas
19. Esteban Ocon, Renault
20. Pierre Gasly, AlphaTauri

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here