
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) Kuala Ketil menyita dua buah kenderaan mewah Mercedes-Benz selepas didapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans yang sah dalam Ops Luxury, pada Isnin.
Menurut kenyataan, kes pertama melibatkan sebuah Mercedes-Benz yang ditahan di KM5 Jalan Sungai Petani–Kuala Ketil manakala model kedua dalam operasi berasingan di Lorong Permai Pura Sentosa, Taman Permaipura.
“Kedua-dua kenderaan berkenaan telah disita dan dibawa ke Stesen Penguat Kuasa JPJ Kuala Ketil untuk tindakan lanjut.
“JPJ Kedah menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi undang-undang jalan raya, tanpa mengira jenis atau nilai kenderaan, demi keselamatan semua pengguna jalan raya,” menurut kenyataan.































