Topi keledar legenda Formula 1, Michael Schumacher dilelong, pernah diguna pada GP Malaysia 2001

2072

Banyak peralatan perlumbaan Formula 1 milik Michael Schumacher telah dilelong. Selain jentera perlumbaan, kini topi keledar milik Michael Schumacher juga sedang dilelong.

Michael Schumacher topi keledar

Topi keledar itu digunakan oleh Schumacher di Grand Prix Malaysia pada tahun 2001 ketika masih menjadi pelumba pasukan Ferrari. Pada masa itu, Schumacher memenangi perlumbaan Formula 1 tersebut.



Tetapi topi keledar itu tidak lagi digunakan ketika Grand Prix seterusnya yaitu di Barcelona, sebaliknya hanya menjadi topi keledar gantian. Beberapa kali Schumacher dilihat memakai topi keledar tersebut untuk tujuan pengiklanan.

Selain daripada berbahan gentian karbon, topi keledar milik Michael Schumacher ini juga masih mempunyai ciri khas Grand Prix Malaysia 2001 pada visornya dan mendapat tandatangan pelumba lagenda itu.

Agensi lelongan yang menjual topi keledar tersebut, telah membuktikan keaslian topi keledar itu. RM Sotheby juga yakin bahawa topi keledar itu akan dijual pada harga yang tinggi.

Sotheby berharap dapat memperoleh USD65,000 atau bersamaan dengan RM269,464 dalam satu acara lelongan di Paris yang diadakan sejak 5 Februari 2020.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here