Dato Seri Vida akui sudah 3 tahun miliki Bentley Continental GT Speed mewah, tapi jarang digunakan

5206

Usahawan, Datuk Seri Vida ada lebih sinonim disapa sebagai DSV sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley yang dibelinya kira-kira tiga tahun lalu ‘tersidai’ di halaman.

Bentley

Malah perbatuannya setakat ini juga hanya lebih 3,000 kilometer.



Selain memberi ulasan panjang lebih terhadap video berdurasi 3 minit 41 saat itu, penyanyi lagu I Am Me ini menerusi ruangan kapsyen juga turut memberitahu kereta berwarna putih itu masih lagi baru, seperti baru keluar dari kedai!

“Beli Bentley ni 3 tahun lepas. Macam baru keluar kedai. Mileage pun tak lebih 3 ribu. Tapi tengoklah realitinya…,” tulis Vida sambil disusuli dengan harga serta pembelian minyak wangi keluarannya.

Bentley

Vida menerusi IG TV antara lain turut memberitahu dia mementingkan penjagaan dalam kereta agar sentiasa dibersihkan dan berbau wangi. Bentely yang dimiliki oleh Dato Seri Vida adalah jenis Bentley Continental GT Speed.

Untuk pengetahuan anda, kereta sport ini dikuasakan oleh enjin 6.0-liter W12 twin-turbo yang menjana 616hp dan 800Nm tork. 

Dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan dan sistem pacuan semua-roda (AWD), jentera grand touring mewah ini mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam 4.1 saat dan mencapai kelajuan maksima 325km/j.

Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat memberikan reaksi pelbagai dan ada di antara komen tersebut mendapat reaksi ibu kepada dua cahaya mata ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here