Toyota dan Panasonic bekerjasama hasilkan bateri kereta elektrik

1958

Toyota dan Panasonic bersetuju bekerjasama menghasilkan bateri kenderaan elektrik. Pengeluaran bateri akan dilakukan oleh syarikat usahasama antara Prime Planet Energy dan Solutions.

Kedua-dua syarikat ini akan memulakan operasi pada 1 April 2020. (Kami harap bukan April Fool!)



Prime Planet Energy dan Solutions akan menghasilkan bateri kenderaan berbentuk kotak yang boleh digunakan oleh pelbagai jenama kereta.

Di dalam syarikat itu, Toyota mempunyai saham sebanyak 51 peratus, sementara bakinya milik Panasonic, yang mempunyai saham sebanyak 49 peratus. Kedua-duanya bersetuju untuk mengambil lebih daripada 5,000 pekerja.

toyota panasonic

Melalui kerjasama ini, kedua-dua syarikat ini menunjukkan bahawa mereka mahu menjadi pengeluar global dalam industri bateri automotif dimana industri ini akan memainkan peranan penting untuk membuatkan harga kereta elektrik lebih murah.

Seperti yang diketahui, Panasonic adalah salah satu pembekal bateri untuk pengeluar kereta elektrik Tesla, bersama dengan CATL China dan LG Korea Selatan.

Toyota dan Panasonic telah menjalankan perkongsian penyelidikan bateri sejak tahun 1996, ketika mereka mengasaskan syarikat usahasama Primearth EV Energy yang menghasilkan bateri pada kereta jenis hibrid.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here