Tempah kenderaan Subaru anda secara online dalam tempoh PKP dengan hanya RM188

1431

Sepanjang duduk di rumah semasa PKP, anda pasti menghabiskan banyak masa dengan internet dan tertengok iklan-iklan kereta. Mungkin ada yang sedang mencari kereta baharu sejak sebelum PKP lagi, namun terbantut dengan situasi ini.

Jangan risau, jika anda mahukan Subaru, TC Subaru Sdn Bhd memperkenalkan kempen Online Booking atau tempahan dalam talian.



Dengan pelaksanaan PKP yang mengehadkan operasi perniagaan, anda masih boleh melihat-lihat model-model terkini Subaru seperti XV atau Forester dari rumah, bila-bila masa sahaja.

Apa yang perlu anda lakukan ialah isi borang Online Booking di https://onlinebooking.subaru.asia/xv atau https://onlinebooking.subaru.asia/forester untuk membuat tempahan. Bayaran untuk mengesahkan tempahan Subaru anda hanyalah RM188.

Selepas itu, anda akan mendapat kod tempahan unik melalui emel. Pegawai Jualan Subaru kemudian akan menghubungi anda dalam tempoh 5 hari bekerja untuk melengkapkan tempahan dengan beberapa tindakan (pandu uji, melihat kereta dan permohonan pinjaman). Perkara-perkara akhir ini akan dilakukan selepas PKP tamat.

Subaru XV ditawarkan dalam tiga varian; XV 2.0i, XV 2.0i-P dan XV GT Edition 2.0i-P dengan harga bermula RM117,788.

Subaru Forester pula bermula dari RM149,788 dan ditawarkan dalam tiga varian; Forester 2.0i-L, Forester 2.0i-S, dan Forester 2.0i-S Eyesight.

Kempen Online Booking ini berjalan dari sekarang hingga PKP tamat. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.subaru.asia/my/.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here