Subaru Forester serba baharu kini dengan teknologi EyeSight

1642

Subaru Forester serba baharu telah dilancarkan hari ini, bertempat di pusat pameran Subaru Petaling Jaya yang dirombak semula.

Subaru Forester 2019 menampilkan empat teknologi utama Subaru Core, iaitu Symmetrical All-Wheel Drive, Boxer Engine, Subaru Global Platform dan EyeSight.



Tiga varian ditawarkan, Forester 20i-L dan Forester 2.0i-S masing-masing berharga RM139,788 dan RM149,788. Varian tertinggi pula ialah Forester 2.0i-S EyeSight, pada RM159,788.

EyeSight merupakan teknologi bantuan pemandu, yang hanya terdapat pada varian tertinggi. Forester merupakan model kedua Subaru yang menerima teknologi ini selepas Outback.

EyeSight merangkumi Pre-Collision Braking dan Throttle Management, Lane Sway dan Departure Warning, serta Adaptive Cruise Control dan Lead Vehicle Start Alert.

Varian 2.0i-S EyeSight juga mendapat Lane Change Assist, Rear-Cross Traffic Alert, Side View Monitor dan Blind Spot Detection System.

Ciri keselamatan standard pada semua varian adalah Vehicle Dynamics Control System (VDC), Active Torque Vectoring, Brake Assist, ABS, EBD, pengesan undur, auto vehicle hold, emergency stop signal, ISOFIX dan tujuh beg udara.

Subaru Forester serba baharu juga dilengkapi penutup gril aktif dan lampu LED sebagai standard. Hanya 2.0i-S dan 2.0i-S ES mendapat DRL LED.

Di dalam, terdapat tempat duduk depan dengan pelarasan berkuasa 8-arah, unit infotainmen 8-inci, penghawa dingin dwi-zon, paddle-shifters, keyless entry and start, cruise control, akses kod PIN, brek parkir elektronik, dan pedal aluminium (2.0i-S dan 2.0i-S ES sahaja).

Subaru Forester generasi terbaharu ini dibina di atas Subaru Global Platform sama seperti XV, Impreza dan Ascent.

Semua varian dikuasakan oleh enjin Boxer FB20 2.0-liter dengan suntikan terus bahan api. Enjin ini menjana 156PS pada 6,000rpm dan 196Nm pada 4,000rpm.

Kuasa disalurkan ke jalan melalui transmisi CVT Lineartronic dan dihantar ke semua roda menggunakan sistem Symmetrical All-Wheel Drive.

Terdapat juga SI-Drive untuk mod pemanduan, dan X-Mode untuk menukar Snow/Dirt dan Deep Snow/Mud untuk pemanduan lebih mencabar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here