Porsche Taycan catat 3,425km dalam masa 24jam

1014

Sebuah Porsche Taycan pra-produksi telah dipandu sejauh 3,425km dalam masa 24 jam sahaja. Ia sebahagian dari ujian ketahanan yang dibuat menjelang pelancaran globalnya 4 September ini.

Ujian itu dibuat di litar ujian berkelajuan tinggi di Nardò, Itali hingga ke Trondheim di Norway. Di litar ujian Nardò, Taycan itu mencatatkan kelajuan purata 195 hingga 215km/j.



Ujian itu berjalan tanpa gangguan, prototaip Taycan hanya membuat beberapa hentian singkat untu dicaj dan untuk pertukaran pemandu. Enam pemandu ujian Porsche terlibat.

Taycan yang merupakan kenderaan elektrik sepenuhnya (EV) itu membuktikan kualiti dan kebolehan pemanduan litar sebelum pelancaran. Suhu puncak adalah 42 darjah Celsius dan suhu permukaan litar pada 52 darjah Celsius.

Naib presiden produk Taycan, Stefan Weckbach melaporkan bahawa “Taycan mencapai sasaran ujian ketahanan tanpa sebarang masalah,” dan menambah “keputusan dicapai di Nardò, mengetengahkan kelebihan sistem 800-volt yang unik dan tahap kematangannya. Sebelum Taycan ini dilancarkan hujung tahun, kami telah mengujinya sekitar 6 juta km di seluruh dunia.”

Sistem 800-volt

Taycan akan menjadi model EV sepenuhnya yang pertama dari Porsche, menampilkan sistem 800-volt. Unit ini juga yang membantu Porsche 919 Hybrid memenangi perlumbaan 24 Hours of LeMans selama tiga tahun berturut-turut.

Kelebihan utama sistem elektrik ini ialah ia memberikan pemanduan prestasi tinggi yang konsisten, mengurangkan masa mengecaj, ringan dan mengurangkan ruang pakej kabel.

Pengurusan habanya juga cukup baik. Ia mengelakkan kehilangan kuasa dan memastikan suhu optima untuk ia dicaj pada tahap paling cekap.

Pada Julai lepas, Porsche telah membuat ujian pecutan Taycan dari 0 ke 200km/j dan ia dicapai dalam kurang 10 saat. Ujian itu dilakukan sebanyak 26 kali berturut-turut dengan beza masa terpantas dan terperlahan hanya kurang dari 0.8 saat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here