Karnival Jualan Hujung Minggu Ford Ranger

1714

Sekiranya anda sedang meneliti untuk membeli sebarang trak pikap atau lebih spesifik Ford Ranger, ini masa paling sesuai. Ini kerana Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) sedang mengadakan Karnival Jualan Hujung Minggu Ford Ranger dari bulan ini hingga Oktober.

Pengunjung karnival berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan berserta barangan eksklusif Ford, sambil menerokai dan merasai pengalaman Ranger Raptor dan Ranger WildTrak melalui acara permainan dan pelbagai aktiviti.



Di antara aktiviti-aktiviti termasuklah para pengunjung berpeluang mencuba satu satunya trak swa-parkir melalui aktiviti Parkir Selari Separa Automatik Ford Ranger. Dengan fungsi pintar yang unggul ini, memarkir di petak yang sempit menjadi mudah.

Untuk Ranger Raptor, para pengunjung akan cuba mencari FOX Racing Shox dengan hanya menggunakan panel cermin. FOX Racing Shox merupakan perendam hentak yang pertama dan satu-satunya sistem gantungan perlumbaan yang terdapat di dalam trak pikap untuk memberikan 30 peratus lebih pergerakan roda bagi pengendalian di laluan lasak pada kelajuan tinggi.

Para pelanggan yang membuat tempahan mana-mana varian Ford Ranger di karnival hujung minggu ini akan berpeluang memenangi sebuah basikal yang sepadan dengan gaya hidup aktif dan mencabar Ranger.

Sementara itu, para pelanggan yang membeli samada Ranger WildTrak atau Ranger Raptor

dalam bulan Ogos sehingga 30 September 2019, akan menikmati penyelenggaraan percuma selama dua tahun dan menerima PETRONAS Gift Card bernilai RM1,000.

Pelanggan yang membeli Ranger WildTrak sepanjang tempoh promosi akan turut mendapat rebat RM3,000.

Tarikh dan lokasi ‘Karnival Jualan Hujung Minggu Ford Ranger’ adalah seperti berikut:

17-18 Ogos 2019: Ford Damansara, Capital Intertrade
24-25 Ogos 2019: Ford Klang, Semangat Anggun Auto
6-7 September 2019: Ford Petaling Jaya, SDAC PJ2
28-29 September 2019: Ford Taiping, Acecourt Taiping, Perak
5-6 Oktober 2019: Ford Seri Kembangan, 2020 Motors

Untuk maklumat terkini tentang karnival tersebut sila layari: https://www.sdacford.com.my/bm/acara-promosi/acara-berita/karnival-hujung-minggu

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here