Ulang-tahun ke-15 kilang Pekan: Mercedes-Benz Malaysia kembangkan pasaran Asia Tenggara

2439

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru-baru ini menyambut ulang-tahun ke-15 produksinya di Malaysia melalui kilang pengeluarannya di Pekan, Pahang.

Detik bersejarah dan bermakna itu diraikan dengan pengeluaran unit kenderaan ke-100,000 syarikat itu. MBM juga akan mula mengeksport kenderaan stereng kiri (left-hand drive) ke pasaran Filipina bulan ini.



Presiden dan CEO MBM, Dr Claus Weidner berkata, “Sebagai sebuah jenama premium nombor1, Mercedes-Benz komited untuk terus mengubah lanskap mobiliti di Malaysia. We mencapai standard kejuruteraan tertinggi dalam menghasilkan kenderaan pemasangan tempatan tanpa berkompromi dengan keselamatan, teknologi, rekabentuk atau kualiti.

“Hari ini menandakan roll-out unit ke-100,000 kenderaan keluaran kami dari sini, menandakan kepercayaan dan permintaan Malaysia yang semakin berkembang terhadap produk Mercedes-Benz.”

Dia menambah, “Dalam menyokong industri perdangangan antarabangsa negara dengan rantau Asia Tenggara, kami akan mulakan eksport tahun ini. Eksport limosin terbaik kami, C-Class, ke Filipina membolehkan kami mengembangkan kepakaran kami dan meningkatkan imej jenama Mercedes-Benz di rantau ini.”

Untuk fasa pertama, MBM akan mengeksport Mercedes-Benz C180 LHD ke Filipina. Ini juga akan memberikan pasaran yang bersedia dan lebih peluang untuk pembuat komponen automotif.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here